Ahad, 18 Januari 2009

mutiara kata

* Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri.

* Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu.

* Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.

* Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.

* Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya.

* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan
satu perkara iaitu USAHA.

* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satulawan & yang mana satu
kawan.
* Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki,menghadiri persidangan sebagai
persediaan menjadi lelaki yang sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati.

* Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada dikesani oleh orang lain.

* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

* Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.

* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap

* Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah
membuat kebaikan.

* Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka.

* Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan