Seorang lelaki misalnya aku.
Tiada wang lebihan untuk dibanggakan
kecuali rumah nak dibuat dlm proses pinjaman wang
kecuali sebuah kereta harus dilangsaikan hutang 7 tahun ( wira buruk )_
kiranya majikan murahkan hati, barangkali kenaikan gaji 50 ringgit setahun
membenarkan aku membawa diri ke Pulau Langkawi
tentunya bukan ke mutiara SPA,Plague, kota Milan Kundera
bukan juga ke perairan terumbu karang di luar pantai Queenland.
Sahabat karibku pernah ke Bandung.
Menurutnya, pernah terserempak inul,bunga..bawang putih bawang merah
penyanyi & pelakon tersohor
ketika menyelami lautan mengenal tabiat pari-pari
mengenal kumpulan jerung yang dijarangkan urusniaga sirip
sambil menceritakan kehangatan sejagat – Global warming
barangkali membincangkan peperangan menyerang bumi pelestin,Afghanistan
perihal anak-anak kebulur dan wanita-wanita kehilangan suami
tentang keluarga dileburi perang
aku turut menonton tayangan CNN
hanya kurang pasti – fakta diputarbelitkan,
atau ia kebenaran kebenaran – seperti kata sahabat karibku rizal, “sering memihak
kepada pengertian diri, dan dari sudut mata memandang.
” Seperti ulang tayang kapalterbang melanggar bangunan WorldTrade
di New York, kerana pusat tumpuan dunia
maka berulangkali terungkit, dipertikai, dan diadakan pendebatan
bagaimana pula api membakar dunia ketiga
hutan terbakar dan manusia mati katak
anak-anak kurang khasiat membuncit perut
dilanggar penyakit entah apa nama
seorang lelaki misalnya aku. Manusia kecil mendiami sebuah kampung
ingin mengumpul wang secukupnya untuk tidak sengsara di usia tua
mencukupi bekalan anak-anak ke universiti
kiranya ada sedikit lebih – untuk perbelanjaan perkebumian
bukankah semua yang hidup pasti mati?
Untuk itu, seorang lelaki misalnya aku sertai golongan tenaga kerja
saban hari mencakari perut kota dan kampung.
Best Mango Type
3 minggu yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan